Bukan Nak Menang, Tapi Nak Mempertahankan..........Perjuangan

Lama sungguh aku tak memerah idea, susun ayat nak jadikan karangan pendek. Mungkin jugak satu ingatan atau boleh aku jadikan ianya satu panduan yang aku sendiri kekadang lupa nak membelek apa jua rujukan . Ada masa tak fikir pajang aku pakai belasah je, sudahnya ada yang akan marah, atau pun mungkin jugak ada yang kecewa.

Sambil-sambil duduk tunggu beger aku yang tak tahu bila nak masak, terlintas dalam kepala ni, macam tersentak, terkejut dek lamunan pendek, teringat hari-hari yang aku lalu tu. Terfikir bila mana ada yang pernah buat aku ketawa, menangis, kecewa dan paling aku bangga, bila ada insan yang menghargai kewujudan aku dalam dunianya. Terima kasih, Terima kasih.

"Cubalah Bermuhasabah diri".
Aku pernah dilontarkan ayat yang cukup rigkas namun dalam maknanya. Bila mana kata-kata dari pena aku di laman maya di tegur atau disapa, tak terfikir pun bahawa ada insan yang betul-betul melihat, memantau dalam diam, tanpa sepatah kata.

Kalau sebelum ni aku guna nama samaran untuk lontarkan kata-kata tak sopan, namun sesekali terlepas jugak bila mana dalam tak sedar aku guna nama betul. Mungkin jugak waktu tu sebab terlampau geram, nak marah dengan kenyataan yang aku baca.

Bila mana patah perkataan atau pengakuan mereka seolan-olah menggambarkan kehidupan mereka selama ini susah dan merempat. Sepertinya hidup dalam serba kekurangan, tanpa kemudahan asas dan sebagainya. Teori aku pulak, semua tu alasan sebab malas. Kalau ada usaha yang bersungguh, dah tentu akan ada pencapaian atau sedikit kejayaan walaupun tak banyak.

Selama aku hidup, selama aku membesar, selama aku mengenal dunia, tak terfikir dan tak terlintas yang aku kena berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Apa yang aku tahu, perjuangan hanyalah untuk diri aku sendiri. Kenapa pulak aku nak berjuang untuk agama, bangsa dan negara, bukankah pewira-pewira zaman dulu kala dah perang bermati-matian. Zaman sekarang penjajah dah tak ada. Aku nak pegi mana-mana, aku punya suka. Ini negara aku, tanah tumpah nenek moyang aku. Bangga bila aku belek-belek semula tarikh-tarikh yang masih tak hilang dalam memori kepala ni.

Hari ini, waktu ini, zaman ini, abad ini, keadaan dah berubah. Banyak sangat dah yang berubah. Bermacam-macam perubahan yang berlaku. Awalnya aku macam tak kisah, sebabnya kelihatan, kedengaran, pada aku ianya  perubahan yang positif, demi kebaikan bersama, tambah-tambah bila aku perhati ramai yang terimanya dengan senang dan gembira. Seperti dalam alQuran yang sering kita dengar, manusia tak akan berubah, melainkan mereka sendiri yang berubah.

Mana mungkin aku tak bangga bila lihat mak dan ayah aku bahagia. Mana mungkin aku tak bangga bila aku dengar kawan sudah ada kereta mewah dan rumah besar. Senyum lebar bila dengar anak-anak makcik aku berjaya sampai menara gading. Apa perlu aku pesoalkan pentadbiran negara bila dengar semua tu? Syukur Alhamdulillah, kerana semuanya atas izin Dia.

Semalam ada insan yang menangis tak tahu kenapaa, semalam ada ibu tua yang kecewa, semalam ada ayah yang mengalir air mata, semalam ada keluarga yang membisu diam seribu bahasa. Semuanya kerana beberapa perubahan drastik yang berlaku kat depan mata.

Ada insan yang tamak, insan yang lupa siapa dirinya yang sebenar, insan yang megah dengan kebodohan dirinya sendiri. Dia cuba nak jadi juara dalam perlumbaan yang belum tentu kat mana garis penamatnya. Dia berjaya jadi manusia untuk sebuah perpecahan dan pertelingkahan. Dia menawan mereka yang lemah dengan hasutan demi hasutan. Mengambil kesempatan atas segala kekurangan bagi dapat sokongan.

Era baru pada aku. Aku anggap satu era perpecahan. Pada awalnya bermati-matian aku letak kesalahan pada beliau. Macam-macam masalah yang datang, dan bila di selidik punca dan angkara memang dia. Menyirap jugaklah darah sebabkan geram. Pergaduhan berlaku sana sini, caci dan maki dah jadi rutin perbualan dalam kehidupan. Penipuan dan jangan cakap, ada yang berani buat secara terang-terang.

Ish,,,,ish,,,,ish,,,,,,mana mungkin aku boleh terima perubahan macam ni. Ini bukan untuk kebaikan, tapi kalau aku duk tengok atau biarkan, lama-lama nanti mahu ranap tanah tumpah nenek moyang aku ni. Apa nak jadi-jadilah kali ni. Sebagai pewaris sah yang ditinggalkan aku ada hak untuk pastikan apa yang diwaris akan terjaga dan terbela.

Era di mana perang bukan lagi kat hutan tebal, era di mana perang bukan lagi dengan senapang dan pestol, era di mana kekuatan fizikal bukan lagi ukuran yang utama, era di mana musuh mungkin ada dalam kalangan kita, era di mana manusia membayangkan dirinya kebal,,,,,,,,,dan ianya memerlukan sebuah perjuangan dan pengorbanan dari kita semua, demi Agama Bangsa  dan Negara.

- AngryBird - 

Labels:



comment closed

Copyright © Burung Marah.