PRU13 : Pemimpin Hancurkan MELAYU

Kesempatan duduk sembang dengar sendiri pendapat dan pendirian serta cadangan mereka-mereka yang dipinggirkan merupakan salah satu hobi kegemaranku. Apatah lagi individu tu memang aku cukup kenal kepetahannya bila bercakap dikhalayak ramai.

Kali ni yang buat aku sedikit teruja bila dapat duduk dengan Datuk Nasir Safar, yang rata-rata sangat mengenali beliau. Rasanya tak payah aku nak bagi tau siapa dia kerana anda semua lebih tahu siapa dan bagaimana beliau. Turut serta duduk sembang bersama kami DS Meor Ramli.

Beberapa tips, cadangan, pandangan, semua aku cuba dapatkan, cuba olah sebaik mungkin untuk cerita kali ni. Aku sangat-sangat menghargai bila beliau benarkan aku berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana.

* Beliau begitu menegaskan bahawa untuk perbetul segala apa yang berlaku hari ini, harus dimulakan
dibahagian INDUK 

* Untuk satu-satu program yang besar, BN tak payahlah nak buat majlis besar-besaran. DAP tak buat majlis besar pun, boleh dapat sokongan besar

* 4 tahun pencapain yang ditunjukkan oleh PM, dengan pelbagai transformasi dan pembaharuan yang dibuat, boleh diubah begitu mudah dlam masa 15 hari.

* BN ni hanya tempat untuk mintak bantuan kebajikan, bantuan nak masuk sekolah, bantuan nak masuk kolej bagi rakyat, tapi rakyat sendiri tak ada keinginan pun nak bagi mereka punya undi.

* Segelintir pemimpin kita sebenarnya lemah dan kosong, tak tahu dan tak pandai  nak fikir untuk kebaikan rakyat. Cuma pentingkan diri sendiri, kumpul duit, dapat kuasa untuk diri sendiri. 

* PRU13, DAP tak perlu pun bilik gerakkan, PDM, Command Center bila dibandingkan dengan BN yang
cukup lengkap serba serbi ada, apa yang tak cukup lagi agaknya.

* Kes Mahkamah Banduan & Peliawat yang nak jadi PM, sampai hari ni tak boleh dapat kata putus walaupun segala dah dibawa ke muka pengadilan. 

* Melayu beserta pemimpinnya tak ada pun yang sayang kat bangsa sendiri. Semuanya dapat kita tengok dengan jelas hari ini.

* Sebahagian besar pemimpin hari ini penuh dengan alasan.

* Kebanyakkan pemimpin mempunyai sifat rasis, tapi tindakan tidak seorang pun yang berani rasis. Kalau mereka boleh berbaur rasis pun caranya macam mencurah air di daun keladi.

* Pemikiran MELAYU hari ini, kena bersikap macam DAP - Rasis,  dengan tanggungjawab yang dipegang tanpa buat perkara-perkara yang tak dibenarkan seperti HIMPUNAN HARAM

* Tak perlu fikir terlalu jauh, bayangkan sekiranya LGE jadi Menteri Pendidikan pun dah cukup. Cikgu-cikgu dan Guru Besar disekolah ??, Pensyarah-pensyarah kat kolej dan pengajian tinggi ??, rasanya semua tahu jawapan, tak payah nak bagi tau.

* Menteri-menteri kebanyakkannya hanya tahu balik kampung, layak di panggil jaguh kampung saja. Mereka sangat megah dengan sikap yang kebanyakannya sombong, angkuh sebab dah ada kuasa.

* Kalau pemimpin tak nak dengar suara kita ( rakyat ), kita pun tak payah la nak sokong. 

* MELAYU akan hancur dalam negara sendiri disebabkan oleh PEMIMPINnya sendiri

* Tenaga pengajar yang sokong pembangkang ( PAS/PKR/DAP ) patut hantar dorang ke sekolah-sekolah Cina.

* Untuk kekalkan politik kampung, sistem politik bandar yang terancang mesti diperbetulkan dulu.

* Melayu hari ini tak perlukan lagi pembelaan. Mereka yang tinggal di rumah PPRT, pemberian kerajaan untuk mereka yang berpendapatan rendah tak lagi segan silu, tetapi dengan bangga dan gah gantung bendera pembangkang.

* MELAYU di negeri Kelantan dan Selangor tak perlukan pembelaan

* Masyarakat CINA tak perlu pimpinan BN

* Kabinet baru yang akan diumumkan tak lama lagi kedengaran secara tidak rasmi calon-calonnya bukan atas pilihan rakyat tetapi menampakkan untuk menjaga kepentingan kroni dan juga hak-hak individu. Inilah punca jatuhnya MELAYU

* Layanan pemimpin hari ini, menampakkan Melayu tidak ada kepentingan berbanding kaum Cina yang dapat apa saja yang mereka mintak.

Untuk kesekian kali setelah lama aku tak mengarang. Semoga dengan perkongsian kali ini membuka minda pemikiran kenkawan diluar sana. Ucapan terima kasih dan perhargaan kepada Dato Nasir Safar dan DS Meor Ramli. Harap dilain masa dan ketika dapat duduk sembang lagi dengan orang-orang lama macam mereka.

MELAYU harus kita pertahankan.


Read More

DEMI AYAH DEMI IBU......


AKU MEMBESAR DENGAN PARTI INI
AKU BELAJAR KENALI PARTI INI
ADA YANG JUJUR
ADA YANG PENIPU
ADA YANG BERMUKA MUKA
ADA YANG IKHLAS
ADA YANG NAK AMBIL KESEMPATAN
ADA CAKAP TAK SERUPA BIKIN
ADA YANG PENYANYANG
ADA YANG SUKA MEMBANTU
ADA YANG MENJADI IDOLA SEMUA
ADA YANG DIBENCI SEKELILING
ADA YANG MUKA TAK MALU
ADA YANG MULIA HATINYA

SEMUA KU KENALI DARI PARTI INI
SEBANYAK MANA PUN AKU BELAJAR
SEBANYAK MANA AKU KENAL
PARTI INI TAK PERNAH SUSAHKAN AYAH & IBU
TAK PERNAH BIAR KELUARGA AKU MEREMPAT
TAK PERNAH BUAT AYAH & IBU AKU MENANGIS
KERANA SEMUANYA BERMULA DARI MEREKA



Read More

Beliau Sangat DiSayangi....


Hibanya bila dibaca
Sayunya bila diteliti
Dia seakan patah sayap untuk terbang
Jiwanya masih mempersoalkan
Kenapa dia yang dijadikan korban
Kenapa dia yang perlu disalahkan
Kenapa dia tidak di pertahankan
Apakah perancangan untuk dia di masa depan
Nak di kuburkan atau bina tugu kebanggaan
Pada anak bangsa, banyak masa dia habiskan
Tak peduli cuaca mahupun keadaan
Padanya tanggungjawab perlu ditunaikan
Agama dan Bangsa tonggak untuk masa depan
Bukan sahaja Puteri-puteri didiknya
Malah Putera Puteri yang dilahirkan
Indahnya alam melihat tawamu
Kini tawa tak berseri lagi
Airmata kau jadikan teman
Nukilan sayu santapan harian

Tuhan itu Maha Adil
Tuhan itu Maha Penyayang
Tuhan itu Maha Pengasih
Tuhan itu Maha Mengetahui


Kerana Tuhan tahu beliau ini kuat
Di ujinya beliau begitu hebat
Kerana Tuhan tahu beliau ini sabar
Di uji beliau dengan pelbagai tohmahan
Kerana Tuhan begitu menyayangi beliau
Kerana Tuhan begitu kasihkan beliau






Read More

Saya Masih Yakin........

Ramai yang bagi macam2 komen, daripada 10, mungkin aku cuma boleh dengar 1 saja yang positif, itu pun antara yakin dengan tidak kenyataan positifnya.

Mungkin aku masih baru dengan dunia politik, tak tahu sejarah dulu2 mereka yg berkenaan. Aku cuma kenal beberapa nama dan muka2 yang sentiasa keluar kat media2, dengan beberapa isu2 hangat yg jadi tumpuan lensa. 

Macam tu jugaklah dengan dia yang aku kenal......

Bila banjir melanda kawasan, aku nampak dialah yang turut sama bantu. Tak segan mahupun takut nak harungi air banjir. Tak fikir lain dah, yang aku nampak ada makcik2 yang dia nak tolong, ada pakcik2 yang dia kena bantu. Mungkin ada yang tak nampak, atau buat2 tak nampak.

Bila ada yang sakit, aku tengok beliau tak tunggu lama, kejap lagi muncul la dia. Kalau bukan kat rumah, kat hospital pun dia terjah. Senym simpul pesakit. Mungkin ringan derita yang ditanggung. 

Sekolah mana yang beliau tak pegi, kenduri mana yang beliau tak singgah, komuniti mana yang beliau tak kenal, itu pun dah buat aku sunyum bila tengok beliau. 

Yang paling manis dalam senyuman bila aku dapat jejak sendiri ke kawasan beliau. Aku tengok sendiri senyuman bangga anak2 tempatan. Aku dengar sendiri warga2 emas yg memuji beliau. Pada aku aku itu sudah cukup buat aku yakin dengan beliau. Seperti yang aku katakan pada beliau...... Saya Masih Yakin

Dalam pada itu, tak kurang jugak yang persendakan beliau. Bukak cerita2 zaman silam. Senarai perkara2 yang bukan2 yang menunjukkan bertapa buruknya laku beliau. Langsung tak ada ruang, langsung tak diberi peluang, begitulah komen terhadap beliau. 

Bukan aku tak nak dengar, bukan aku tak nak tahu, bukan aku tak kisah dengan cerita2 tu semua, tapi dengan KEYAKINAN, yang aku ada pada beliau, aku percaya pada dirinya hari ini. Bukan diri beliau sebelum aku kenal.

Ada individu mungkin kita kena jadikan kisah zaman dulu untuk lebih kenalinya. Tetapi pada aku, cukup aku kenali siapa di sekeliling individu tersebut, yang makan bersama, yang gelak ketawa bersama, yang menangis bersama, yang boleh ceritakan pada aku apa yang sebenarnya.

Saya Masih Yakin........


Read More

Cuma Nak Tanya.......

Malam tadi, terpanggil untuk menulis setelah agak lama jugak tak layan pena menari. Lokasinya bukan di muka buka, tapi di laman paparan umum yang tak ada sempadan pemisah. Mungkin jugak kerana beberapa hari kebelakangan ini aku banyak baca komen dan tulisan yang bersungguh-sungguh duk canang sana sini nak tukar kerajaan yang duk sedia ada ni.

Bukannya apa, cuma nak tanya. Terutama kepada individu yang bekerja di bawah taggungan kerajaan. Di mana setiap bulan mereka ni tunggu gaji dibayar. Kalau hujung tahun pulak, tak sabar nak dapatkan bonus. Bukak sekolah, berharap majikan akan bagi sikit saguhati untuk nak bayar yuran, buku sekolah anak-anak.
Kebanyakan mereka sanggup tunggu dan habiskan sampai tamat tempoh jawatan. Nak di katakan majikan tak jaga kebajikan, kebanyakkan semua Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian dah siap sediakan segalanya. Kemudahan tak payah nak ceritalah, memang jeles kalau dengar dek yang kerja sendiri atau bukan dibawah agensi-agensi kerajaan.

Apa sahaja yang terkini faedah atau keuntungan oleh kerajaan, yang dapat dulu bukannya individu tepi jalan yang jual pisang goreng atau nasi lemak, tapi mereka yang ada dalam Jabatan mahupun Kementerian, siap dengan hawa dingin.

Makin lama makin pelik bila kerajaan sediakan rumah murah mampu milik, kenapa ada jugak yang tak malu pegi memohon. Dapat kestimewaan pulak tu sekiranya sebelum ni mereka pernah berkhidmat dengan kerajaan. Kalau betul kerajaan yang sedia ada zalim, kemudahan yang sedia ada untuk siapa agaknya?
Terfikir jugak dalam kepala ni, kenapa majikan masih tak tamatkan saja khidmat jawatan mereka ini yang kita semua maklum menentang kepimpinan yang sedia ada. Tak cukup dengan mereka yang kerja, rupanya ada jugak yang bersara tapi baru nak tumbuh gigi. Canang itu ini, mendabik dada bercerita sana sini tentang ketidak adilan kerajaan kepada rakyat.

Banyak mana sangatlah yang tak adil kalau nak dibanding dengan mereka yang lupa diri. Kalau aku nak ulas panjang tujuh hari tujuh malam pun belum tentu lagi habis. Cuma sekadar melepaskan persoalan yang aku sendiri pun tahu, itu yang buat aku naik hairan.


- angrybird -

Read More

ANTARA AHLI SUNNAH DAN SYIAH


Al-Quran Al-Karim

Ahli Sunnah : Sepakat atas kebenarannya dan terpelihara dari sebarang tambahan dan kekurangan. Mereka beriman dengan setiap huruf darinya, dan mereka beriman bahawa sesungguhnya ia adalah kalam Allah Taala bukan baru dan bukan makhluk. Ianya terpelihara dari segala keburukan dan adalah menjadi sumber utama kepada setiap kepercayaan-kepercayaan muslimin dan urusan-urusan hidup mereka.

Syiah : Mereka meragui kebenarannya iaitu Al-Quran, ada yang telah ditambah dan dikurangkan. (Sebahagian dari mereka menafikan tuduhan ini tetapi kita tidak mungkin mengambil kira ke atas penafian tersebut dengan sebab iktikad mereka yang mengamalkan taqiyah). Jika berlawanan dengan iktikad, mereka mentafsirkan dengan iktikad mereka. Pendapat imam-imam mereka adalah antara sumber utama di sisi mereka.


Al-Hadith

Ahli Sunnah : Hadith adalah sumber kedua kepada syariat Islam dan ia adalah sebagai mentafsirkan Al-Quran. Adalah tidak dibenarkan melanggar hukum-hukum yang terdapat dalam hadith yang sahih riwayatnya dari Rasulullah saw. Kesahihan hadith ditentukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama’-ulama’ hadith. Caranya ialah dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad tanpa membezakan antara perawi lelaki dan perempuan. Tiap-tiap perawi hadith diketahui sejarah hidupnya. Segala ini dihasilkan dengan satu usaha yang paling terbesar pernah didapati dalam sejarah bidang ilmu. Hadith yang diriwayatkan oleh seorang pendusta atau seorang yang tidak dikenalpasti tidak diterima. Ini semua adalah kerana riwayat hadith adalah suatu amanah yang berat lagi mulia serta mengatasi segala-gala yang lain.

Syiah : Tidak berpegang melainkan dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah saw dan sebahagian hadith-hadith yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik – dan mereka menolak hadith-hadith selain daripada ini terutama sekali kebanyakan hadith-hadith riwayat ahli sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih – iaitu tanpa ilmu hadith yang kukuh. Banyak sekali didapati mereka misalnya berkata : “Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail dari beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah saw bersabda…” Kitab-kitab mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadith yang tidak mungkin ditetapkan kesahihannya. Beginilah cara mereka membina agama mereka. Dengan cara begini juga mereka telah mengingkari lebih dari tiga perempat daripada Sunnah Nabi. Dan ini adalah perbezaan-perbezaan yang terpenting antara mereka dari golongan-golongan muslim.


Para Sahabat Rasulullah SAW

Ahli Sunnah : Sepakat atas wajib menghormati dan meredhai atas kesemua mereka. Sesungguhnya kesemua mereka adalah benar dan lurus. Ahli Sunnah menganggap bahawa pertelingkahan yang terjadi antara mereka adalah berpunca dari perselisihan pendapat hasil dari ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan kejujuran, serta segala keadaan yang mempengaruhi mereka berbuat demikian telah pun berlalu. Tidak dibenarkan kita menaruh dendam sepanjang zaman mereka. Sesungguhnya merekalah golongan yang dipuji Allah berkali-kali. Oleh itu, tidak dibenarkan sesiapa pun mencela mereka selepas daripada itu. Sesungguhnya melalui usaha mereka kesemualah agama Islam itu turun-temurun dari Rasulullah hingga sampai kepada kita.

Syiah : Berpendapat bahawa para sahabat sesungguhnya telah kafir selepas kewafatan Rasulullah saw kecuali sebilangan kecil yang bilangannya tidak melebihi bilangan jari-jari tangan. Mereka meletakkan Ali di tempat yamg terlampau istimewa. Sebahagian mereka berpendapat : bahawa dialah yang telah diwasiatkan sebagai pengganti Rasulullah saw. Sebahagian lain pula menganggapnya sebagai nabi dan ada yang menganggapnya sebagai tuhan. Mereka menghukum orang-orang muslim menurut pendapat-pendapat mereka masing-masing ; sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali, maka ia zalim, atau kafir atau fasiq ; dan begitulah halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu-cicitnya turun-temurun.


Akidah Tauhid

Ahli Sunnah : Beriman bahawa sesungguhnya Allah yang Maha Esa, yang Maha Berkuasa. Tiada sekutu bagiNya dan tiada tolok bandinganNya serta tiada perantaran antaraNya dan hamba-hambaNya. Mereka beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat Allah sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah tanpa menyerupai sesuatu (tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya). Sesungguhnya Allah telah mengutuskan nabi-nabiNya dan memikulkan mereka dengan tanggungjawab menyampaikan perutusan itu (risalah) kepada hamba-hambaNya. Mereka telah menyampaikan kesemuanya tanpa menyembunyikan apa jua pun. Mereka beriman bahawa perkara ghaib hanyalah pada Allah sahaja. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan dan permohonan (sesuatu hajat) wajib ditujukan kepada Allah semata-mata dan tidak sama sekali kepada yang lain dariNya.

Syiah : Mereka beriman dengan Allah dan keesaanNya, tetapi mereka telah mencampuradukkannya dengan amalan-amalan syirik. Mereka beribadat kepada selain dari Allah dengan berkata : “Wahai Ali, wahai Hussein, wahai Zainab”, serta bernazar dan bersembelih kepada yang lain dari Allah. Mereka meminta hajat dari orang-orang yang telah mati. Mereka mencipta banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang menguatkan amalan syirik ini. Mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan bahawa imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam mentadbirkan alam ini. Mereka menganggap bahawa ada suatu kuasa khas yang dimiliki oleh wali-wali, imam-imam dan kaum kerabat Rasulullah saw. Segala kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan ini tidak mempunyai asal dalam agama Islam yang suci.


Melihat Allah

Ahli Sunnah : Orang-orang yang beriman dapat melihat Allah pada hari Kiamat sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Wajah-wajah yang pada hari itu berseri-seri melihat kepada Tuhan mereka.” ( al-Qiamah : 23).

Syiah : Berpendapat bahawa melihat Allah adalah tidak mungkin sama ada di dunia mahupun di akhirat.


Perkara Ghaib

Ahli Sunnah : Allah mengkhaskan pengetahuan perkara ghaib pada diriNya sahaja dan sesungguhnya Ia memberitahu kepada nabi-nabiNya termasuklah Nabi Muhammad saw akan beberapa perkara ghaib untuk sesuatu keperluan yang tertentu sepertimana firman Allah swt yang bermaksud : “Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki.” (Ayat kursi).

Syiah : Mendakwa bahawa pengetahuan tentang perkara ghaib adalah hak imam-imam mereka sahaja (dan tidak dari hak Rasulullah saw memberi khabar tentang ghaib). Dengan sebab ini terdapat beberapa golongan dalam syiah yang menganggap bahawa imam-imam mereka adalah tuhan.


Kerabat Rasulullah SAW

Ahli Sunnah : Mengatakan bahawa ahli Rasulullah saw adalah pengikut-pengikutnya dalam agama Islam (ini adalah pendapat mereka yang lebih sahih). Ada yang mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang paling bertaqwa di antara umatnya. Yang lain pula mengatakan mereka adalah sanak-saudaranya yang beriman dari Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib.

Syiah : Mengatakan bahawa ahli Rasulullah saw adalah menantunya Ali dan sebahagian dari anak-anak Ali sahaja, kemudian anak-anak serta cucu-cicit mereka-mereka sebelum ini.


Syariat Dan Hakikat

Ahli Sunnah : Berpendapat bahawa syariat adalah hakikat. Sesungguhnya Rasulullah saw tidak menyembunyikan apa jua ilmu yang diketahuinya dari umatnya, tidak ada sebarang kebaikan melainkan beliau telah membimbing kita kepadanya dan tidak ada sebarang kejahatan melainkan beliau telah memberi amaran kepada kita supaya menjauhinya. Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman yang bermaksud : “Pada hari ini telah Ku sempurnakan bagi kamu agama kamu” (al-Maidah : 3). Juga sumber-sumber agama Islam adalah Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak memerlukan kepada lain dari itu untuk menyempurnakannya. Cara-cara beramal, beribadat dan berhubungan dengan Allah adalah jelas dan terang tanpa sebarang perantaraan. Dan sesungguhnya Allah sahaja yang mengetahui hakikat hamba-hambaNya. Kita tidak menyanjungi sesiapa pun lebih dari sanjungan kita terhadap Allah. Setiap manusia harus diambil atau harus ditolak pendapat atau percakapannya kecuali Nabi kita saw yang maksum sahaja.

Syiah : Berpendapat bahawa syariat adalah hukum-hukum yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan hukum-hukum ini hanya melingkungi orang-orang awam dan orang-orang yang tiada berpengetahuan agama. Ada pun hakikat atau pun ilmu yang khas berkenaan Allah tidak diketahui kecuali imam-imam dari ahlul-bait (iaitu sebahagian dari kaum kerabat Nabi sahaja). Sesungguhnya mereka memperolehi ilmu-ilmu hakikat ini dengan cara warisan dari satu generasi ke generasi yang lain dan ia kekal sebagai rahsia di sisi mereka. Imam-imam mereka adalah maksum (terpelihara dari melakukan kesalahan) dan segala perbuatan mereka adalah syariat. Segala apa yang mereka lakukan adalah dibenarkan. Sesungguhnya perhubungan dengan Allah tidaklah sempurna melainkan dengan perantaraan iaitu melalui imam-imam mereka. Dengan itu mereka telah melibatkan diri kita dengan menamakan diri mereka dengan nama-nama yang keterlaluan seperti waliullah, babullah (pintu Allah), almaksum, hujjatullah (dalil Allah), ayatullah (tanda atau buku Allah). Ruhullah (ruh Allah) dan lain-lain lagi.


Feqah

Ahli Sunnah : Berpandukan dengan hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim dengan penuh teliti. Ini dijelaskan pula dengan kata-kata dan perbuatan Rasululllah saw menurut yang terdapat dalam sunnahnya dan juga dengan kata-kata para sahabat dan tabi’en yang dipercayai. Di atas kata-kata ini terletaknya penjelasan dari hukum-hukum itu – kerana mereka hidup dalam zaman yang paling hampir dengan zaman Raulullah saw dan mereka adalah orng-orang yang membenarkan Rasulullah saw ketika menghadapi ujian-ujian yang berat. Tiada siapa pun yang berhak untuk mensyariatkan sesuatu hukum dalam agama ini setelah Allah swt menyempurnakannya. Tetapi untuk memahami secara lebih mendalam, dan hukum perkara-perkara yang baru timbul serta hikmat-hikmat hukum tersebut, wajib merujuk kepada para ulama’ Islam yang dipercayai untuk mendapatkan fatwa dengan bersandarkan semata-mata kepada Al-Quran dan As-Sunnah sahaja dan tidak kepada yang lain.

Syiah : Mereka berpegang kepada sumber-sumber mereka yang khas yang dikaitkan dengan imam- imam mereka yang dianggap sebagai mujaddid dalam agama (pada setiap generasi) dan kepada apa yang ditafsirkan oleh imam-imam tersebut dari ayat-ayat Al-Quran. Mereka berpendapat bahawa para-para imam yang mujtahid (dibolehkan membuat ijtihad) dan maksum mempunyai hak dalam memperbaharui hukum-hukum – seperti yang sebenarnya telah terjadi dalam perkara-perkara berikut :
1) dalam azan : waktu-waktu, rupa-bentuk dan cara sembahyang.
2) waktu-waktu berpuasa dan berbuka.
3) pekerjaan-pekerjaan haji ziarah.
4) dalam perwarisan harta .
5) dalam nikah dan hubungan suami isteri.
Mereka sangat cenderung dalam hukum-hukum yang berlawanan dengan ahli sunnah dan sentiasa berusaha meluaskan jurang perbezaan antara mereka dan ahli sunnah.


Kesetiaan (al-Wala’)

Ahli Sunnah : Kesetiaan atau al-wala’ adalah mengikut perintah dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi. Kesetiaan begini tidaklah di berikan kecuali kepada Rasulullah saw kerana Allah Taala telah berfirman yang bermaksud : “Barang siapa yang mentaati Rasul, maka dia telah taat kepada Allah” (an-Nisa’: 74). Adapun orang-orang lain tidaklah berhak untuk diberikan kesetiaan kecuali menurut batasan-batasan yang telah ditentukan oleh hukum syara’. Ini adalah kerana manusia tidak boleh taat kepada makhluk jika perbuatan itu melibatkan maksiat terhadap Allah.

Syiah : Berpendapat bahawa kesetiaan yang tidak berbelah bagi adalah salah satu daripada rukun iman. Wajib bagi mereka beriman kepada imam-imam mereka yang dua belas (termasuk “penghuni Sirdab “ iaitu menurut kepercayaan mereka ; imam mereka yang kedua belas yang telah ghaib dan akan keluar sebagai imam Mahdi). Maka sesiapa yang tidak berimamkan kepada ahlul-bait adalah dianggap tidak beriman. Oleh itu, tidak boleh bersembahyang di belakang mereka sebagai imam dan mereka tidak berhak diberi zakat yang wajib dikeluarkan tetapi boleh diberikan sedekah-sedekah yang biasa dikeluarkan seperti kepada orang-orang kafir.


At-Taqiyah

Ahli Sunnah : “At-Taqiyah” ialah melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran hati demi untuk menyelamatkan dirinya dari kebinasaan. Adalah tidak dibenarkan pada seseorang muslim memutar-belit saudara–saudara muslim yang lain dengan kata-kata ataupun perbuatan berpura-pura kerana Nabi saw telah bersabda dengan bermaksud: “Sesiapa yang menipu, maka dia bukan dari golongan kami”. Tidak dibenarkan bertaqiyah melainkan kepada orang-orang kafir yang bermusuhan dengan agama dan dalam peperangan sahaja – memandangkan bahawa peperangan adalah satu tipu helah. Wajib ke atas orang muslim berkata benar dan berani dalam menegakkan yang hak tanpa berbalah, berbohong dan membelot ; bahkan hendaklah menasihati dan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.

Syiah : Mereka kesemuanya berpendapat bahawa taqiyah itu adalah wajib dan mazhab mereka adalah didirikan dengan taqiyah. Mereka mencantumkan prinsip taqiyah itu secara rahsia dan terang-terangan dan mengamalkannya terutama sekali apabila mereka menghadapi kesukaran. Maka ketika tu mereka akan memuji-muji dan mengangkat–angkat dengan berlebihan orang-orang yang pada pandangan mereka adalah kafir dan berhak dibunuh serta dibinasakan. Mereka melaksanakan hukum-hukum yang dilaksana ke atas orang kafir kepada sesiapa sahaja yang bukan dari golongan mereka. Mereka mengamalkan prinsip “matlamat menghalalkan cara”. Dengan ciptaan ini mereka bebas menghalalkan segala cara tipu daya, pembohongan dan putar belit.


Pimpinan Dan Ketua Negara

Ahli Sunnah : Berpendapat bahawa sesebuah negara Islam itu diperintah oleh seorang khalifah yang dipilih antara orang-orang muslim. Disyaratkan agar khalifah itu mempunyai kebolehan yang mencukupi iaitu seperti seorang yang berakal, berada di atas jalan yang lurus, berilmu dan diketahui ramai akan kebolehan dan amanahnya serta kebolehan dalam memikul tanggungjawabnya. Ia dipilih hanya oleh dan dari orang-orang yang mempunyai kuasa memilih dalam masyarakat muslimin dan mereka melucutkan kekhalifahannya jika didapati ia tidak berlaku adil atau keluar dari hukum-hukum Al-Quran dan As-Sunnah. Semua muslimin wajib taat kepadanya dan kekuasaan memerintah pada sisinya mestilah dianggap sebagai satu tanggungjawab dan satu perkara yang akan dipersoal (oleh Allah dan kaum muslimin) dan bukanlah satu kemuliaan atau hasil keuntungan.

Syiah : Kuasa pemerintahan adalah warisan turun-temurun untuk Ali dan anak-anak Fatimah. Terdapat perselisihan pendapat yang banyak antara mereka berkenaan warisan ini. Dengan pendapat mereka yang sebegini cara, mereka sama sekali tidak melantik seorang pemerintah yang bukan dari keturunan Ali. Tetapi, apabila kehendak dan harapan mereka ini tidak dapat dipraktikkan atau dilaksanakan apabila keturunan Ali ini terputus dengan sebab kematian Muhammad al-Mahdi, imam mereka yang kedua belas yang wafat semasa kecil lagi (semasa berumur 8 bulan atau 2 atau 5 tahun ; mereka telah mencipta satu pendapat baru iaitu pendapat “ar-raj’ah” atau “kembali semula”). Maksud mereka ialah imam mereka yang terakhir dan digelar “al-Qaaem” yang mati semasa kanak-kanak ini akan datang kembali pada akhir zaman. Beliau akan keluar dari “Gua as-Sirdab” lalu menyembelih kesemua pihak lawan politiknya. Menurut mereka lagi, imam ini akan mengembalikan hak-hak golongan syiah yang telah dirampas dari mereka oleh golongan-golongan lain sepanjang kurun-kurun yang telah lalu.

(Al-Khututul Aridhah : Muhibbuddin al-Khatib)

Demikianlah secara ringkas perbezaan antara iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Sudut-sudut perbezaan ini amat penting untuk diketahui serta difahami dengan sebaik-baiknya dalam membuat penilaian atau hukuman terhadap syiah. Sebenarnya masih banyak lagi di sana perbezaan-perbezaan kecil dalam kepercayaan syiah yang tidak terdapat dalam kepercayaan ahli sunnah seumpama raj’ah, bida’ dan lain-lain lagi. Sudut-sudut perbezaan antara kedua belah pihak ini merupakan perkara terpenting yang perlu dihalusi bagi sesiapa yang melaungkan seruan ke arah pendekatan antara Sunni dan Syi’e agar tidak tersilap dalam mengatur langkah merealisasikan perpaduan ummah.


BAHAN RUJUKAN UNTUK SYIAH
Di bawah ini disenaraikan beberapa nama pengarang bersama kitab-kitab karangan mereka dalam bidang aqidah, tafsir, hadith, sejarah dan lain-lain. Bibliografi nama-nama pengarang dan buku ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu syiah dan sunni. Ia merupakan antara puluhan malah ratusan rujukan yang berkaitan dengan persoalan pegangan syiah.

Syiah
Ardabih : Kasyful Ghummah
Baqir Al-Majlisi : Hayatul Qulub, Biharul Anwar, Jila’ul Uyun
Bahrani : Syarh Nahjul Balaghah
Halli         : Minhajul Karamah
Ibnul Hadid : Syarh Nahjul Balaghah
Khomeini : Kasyful Asrar, Hukumat Islamiah, Tahrirul Wasilah
Safaraini : Lawami’ Anwar Bahiyyah, Tarikh Syiah wa Aslafihim
Nu’mani : Al-Faruq (Urdu’)
Syaukani : Nailul Autar
Qazuwaini Al-Ha’iri : Fadak
Syustari : Ihqaqul Hak
Tusi         : Al-Tibyan, Al-Tahzib, Al-Istibsar
Tabrasi : Al-Ihtijaj, I’lamul Wara, Faslul Khitab, Mujma’ Bayan
Mamaqani : Miqyasul Hidayah Fi Ilmi Dirayah
Iyashi : Tafsir ‘Iyasyi
Qomni : Tafsir Qomni
Qomni As-Saduq: Man La Yahdhurul Faqih, Kitabul khisal, Al-Amali
Kulaini : Raudhatul Kafi, Al-Kafi, Usul Kafi ( ???? ??????)
Kasyi : Makrifah Akhbar Rijal
Kasyani : Tafsir As-Safi
Kasyiful Ghita’ : Aslu Syiah wa Usuluha
Muzaffari         : Tarikh Syiah, Al-Imam Sadiq
Musa Jarullah : Al-Wasyi’ah Fi Naqd Aqa’id Syiah
Musa Aqabah : Maghazi ( ??????? )
As-Sadr : Tarikh Ghaibah Sughro ( ????? ?????? ?????? )
Mufid : Al-Irsyad
Musa Musavi : Iran Fi Rubu’ Qarn, As-Syiah wa Tashih
Nobakhti : Firaqus Syiah ( ??? ?????? )
Jazairi : Anwar Nu’maniah ( ??????? ????????? )

Sunni
Ibnu Athir : Al-Kamil Fi Tarikh
Ihsan Ilahi Zahir: As-Syiah wa Tasyaiyu’, As-Syiah wa Ahlul-bait
Abu Zuhrah : Tarikh Mazahib Islamiah, Usul Feqh Jaafari
Ahmad Syalabi : Mausu’ah Tarikh Islami wal Hadharah Islamiah
Al-Birr : As-Syiah Ithna ‘Asyariah
Baghdadi : Al-Farqu Bainal Firaq
Baihaqi : Tarikh Baihaqi
Ibnu Taimiah : Al-Muntaqa, Minhajus Sunnah, Ahkam ‘Usatul Mukminin
As-Subki : Tabaqat As-Syafi’iyah Kubro
Ibnu Hazm : Al-Fasl Fil Milal wal Ahwa’ wal Nihal
Ibnu Khaldun : Al-Muqaddimah, Al-‘Ibar
Al-Khatib : Al-Khututul ‘Aridhah
As-Suyuti : Tarikh Khulafa’
As-Salusi : Al-Haqaiqul Ghai’bah
Syahristani : Al-Milal wan Nihal
Dahlawi : Mukhtasar Tuhfah Ithna ‘Asyariah
At-Tabari : Tarikh Umam wak Muluk
Ibnu Abdul Bir : Al-Isti’ab Fi Makrifatil Ashab
Ibnu Asakir : Tarikh Dimasyq
Ibnu Al-Arabi : Al-‘Awasim Minal Qawasim
Ibnu Hajr Asqalani : Al-Isabah Fi Tamyiz Sahabah
Al-Gharib : Wa Ja’a Daurul Majus, Khomeini Baina Tatoruf Wa I’tida’
Ibnu Qutaibah : Al-Imamah wa Siasah
Al-Qusyairi : Qamus Ar-Rijal
Al-Qurtubi : Tafsir Qurtubi
Ibnu Kathir : Al-Bidayah Wal Nihayah, Ikhtisar Ulum Hadith
Malul Llah : As-Syiah wa Takriful Quran, Mauqif Syiah min Sunnah
Mustafa Helmi : Nizam Al-Khilafah Baina Ahli Sunnah wa Syiah
A. Hamid Al-Maqdis : Ar-Raddu Ala Rafidhah ( ???? ??? ???? ??? )
An-Nawawi : Fatawa Imam Nawawi
An-Najrami : As-Syiah Fil Mizan



MUSLIMKAH SYIAH ?

Suatu persoalan barangkali telah terjawab secara umum dari fasal-fasal yang lepas tetapi perkara itu perlu kepada beberapa perincian yang lebih detail. Kita telah menjelaskan pada setiap fasal mengenai hak dan kewajipan syiah. Tinggal lagi menanya diri kita, ke tahap manakah Syiah boleh dipanggil dengan nama Islam?

Menjawab persoalan seumpama ini amat sulit sekali. Akan tetapi, kita akan cuba mencari jalan penyelesaian. Sekiranya benar, ianya adalah taufiq dari Allah dan jika sebaliknya, kita berharap ianya tidak terluput dari ganjaran ijtihad. Syiah itu ada dua bahagian : Syiah dalam sejarah dan syiah masakini. Syiah dalam sejarah, adalah kelompok-kelompok terdahulu yang telah kita sebutkan dalam fasal bahagian dan kelompok-kelompok syiah yang tidak syak lagi kebanyakannya adalah melampau dan kita tidak dapat menghukumkan dengan keislaman lebih dari kelompok-kelompok ini.

As-Sabaiah yang telah dibakar oleh Ali r.a kerana mereka menuhankannya dan membuang pemimpin mereka ke Sabat di Madain. Al-Bayaniah yang dikaitkan dengan Bayan bin Sa’an Tamimi dan mereka yang mengatakan kenabian Ali r.a yang kononnya telah membatalkan syariat Muhammad saw. Di antara mereka mendakwa ketuhanan dan kesatuan zat Allah dalam tubuh Ali. Al-Mughirah, Al-Harbiah dan Al-Mansuriah dari Janahiah dan Khitabiah : semua mereka terkeluar dari lingungan Islam. Begitu juga Al-Ghurabiah, Al-Mufawidhah. Az-Zimmiah, As-Syari’iah, An-Namiriah dan selain mereka adalah dari kelompok-kelompok Syiah. Kita tidak menghukum keislaman mereka sekalipun mereka dikaitkan dengan Islam. Kelompok-kelompok ini keseluruhannya telah pupus. Tidak wujud di muka bumi ini – sepanjang pengetahuan kita – orang yang menganut Islam secara terang-terangan mengucapkan ungkapan-ungkapan ini. Kelompok-kelompok ini semuanya dalam hukuman sejarah. Mereka ini telah menyebabkan perlakuan itu dan akan diperhitungkan oleh Allah swt dengan balasan yang setimpal. Mereka-mereka ini kita namakan dengan “syiah sejarah”.

Manakala syiah masakini, mereka adalah saki-baki dari kelompok-kelompok yang kita sebutkan, yang masih kekal sehingga hari ini. Ia merupakan kelompok besar, yang terkenal iaitu Zaidiah dan Imamiah. Kebanyakan ahli-ahli sejarah menganggap mereka ini dari kalangan orang Islam terutamanya Zaidiah. Mereka lebih hampir kepada kepercayaan-kepercayaan Ahli Sunnah serta feqh mereka. Perselisihan di antara Zaidiah dan Ahli Sunnah hanya dalam masalah-masalah kecil. Demikian juga Imamiah Ithna ‘Asyariah dan Ismailiah, usul-usul mereka adalah satu sekalipun berbeza furu’-furu’ dari satu kelompok dengan yang lain.

Tetapi hukum am ini tidak semestinya bermakna setiap individu adalah Islam, bahkan mereka adalah Islam secara umumnya kecuali sesiapa yang telah sabit mengucapkan seumpama ucapan-ucapan pelampau yang menuhankan Ali atau menyfatkan imam-imam mereka dengan sifat Allah atau mengatakan penyelewengan Al-Quran atau pembatalan syariat atau hulul dan lain-lain lagi. Orang seumpama ini dihukumkan kafir dan terkeluar dari lingkungan Islam tanpa mengira siapa yang mengucapkannya. Kita tidak mencipta hukum ini dari fikiran kita, malah inilah yang diperkatakan oleh kebanyakan ahli-ahli sejarah ketika mereka membahagikan antara golongan pelampau dan selain mereka. Seandainya hukum itu disatukan untuk semua kelompok, tentulah pembahagian ini tidak diperlukan. Imam Abdul Qahir bin Tahir Bahgdadi di dalam Al-Farq Bainal Firaq berkata : (ms 21) “…Semua kelompok-kelompok pelampau itu terkeluar dari kelompok Islam, manakal kelompok Zaidiah dan Imamiah masih dikira dalam kelompok umat Islam.”

Pun begitu, kebanyakan pendapat-pendapat ulama’ Syiah adalah sesuatu yang tidak mungkin seorang muslim sunni berakal menerimanya. Puncanya kerana ulama’-ulama’ mereka tidak warak dalam mencipta hadith-hadith yang menyokong pendapat-pendapat mereka atau menjelekkan peristiwa-peristiwa sejarah Islam serta menukar situasi-situasinya mengikut selera nafsu mereka.

sumber : oislabeb
rujukan : persatuan melayu republik arab mesir

Read More

Anda Berpeluang, Dia Mungkin Tidak....



Ada yang diberi peluang, mungking tak dapat nak tunai dek kerana kekangan lain, ada yang dapat peluang, tak terfikir yang peluang tu hanya sekali, atau mungkin tak merasakan peluang tu sangat berharga. 

Bercakap, bertanya, mendengar, senyum, ketawa, persoalan, bagaimana agaknya perasaan sahabat, andaikata yang berasa di depan tu seorang yang pernah bergelar Perdana Menteri. Itu hanya anda sendiri yang dapat huraikan, kerana bila saya huraikan, ianya apa yang saya lalui. 

Tahniah kepada Kelab Chedet yang berjaya merealisasi mungkin bukan dua atau tiga, mungkin juga yang telah bersungguh-sungguh menyediakan "Essay" bagi mendapat tempat untuk bersama individu hebat ini, tak lain tak bukan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Oleh kerana aktiviti calendar beliau begitu padat, masing-masing cari peluang, tak kiralah apa acara sekali pun. Ada yang nak ajak beliau untuk program sembang-sembang, untuk acara beberbentuk keilmuan yang melibat pengajar dan pelajar, program rakyat dan macam-macam program lagi, tapi anda sangat bertuah bila mana beliau sudi nak duduk berdialog, mendengar soalan, cadangan mungkin juga idea, hasil dari kemajuan  Malaysia selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Adakah anda salah seorang yang akan bercerita pengalaman yang berhaga itu.....?????


- AngryBird -

Read More

Admire Semangat Mereka Ni

Lama aku perhatikan mereka ini, kenapa agaknya sampai sanggup berpanas, bukannya tak ada kemah boleh  duduk tempat teduh, tapi sanggup tu, bukan sekejap seminit dua.....

Kalau aku,,,, tak tau la boleh tahan atau tak nak duduk lama-lama berpanas macam mereka ni. Aku cuba bayangkan semangat mereka kepada negara tercinta, tentu tak macam generasi yang ada sekarang.

Mereka ni sanggup tunggu berpanas, sampailah idola kesayangan masuk ke kereta dan beredar, iaitu Ayahanda Tun Dr Mahathir semasa program santai di Intitut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumput.

Bila dapat duduk sembang berborak, akulah manusia yang paling seronok. Apa tidaknya cerita mereka bukan cerita panggung wayang, cerita mereka ni tak der sangkut-sangkut dengan iklan, nak imaginasi pun bukan senang sebab dah lama berlaku, yang wujud hanya dalam fikiran mereka. Bukan senang aku nak copy masuk ke pendrive atau memori kad. Duduk dan dengar dah memadai bila mereka nak bercerita.

Aku salah seorang peminat setia Ayahanda Tun, sampai sekarang tak pernah jemu nak dengar bila tahu beliau akan bagi ucapan. Pada aku, secara individu setiap kali aku dengar apa saja yg beliau kata, secara tak langsung nak bagi tahu bertapa sayangnya beliau pada bangsa Melayu dan umat Islam dan rakyat Malaysia. Kalau tak, tak kan beliau sanggup nak kata Melayu Mudah Lupa. Tapi, dek kerana itulah yang sebenar terjadi, yang mana ada yang payah nak terima. Hakikatnya begitulah. Sampai bila-bila pun Melayu nak kena bagi ingatan.

- angrybird -

Read More

Bukan Nak Menang, Tapi Nak Mempertahankan..........Perjuangan

Lama sungguh aku tak memerah idea, susun ayat nak jadikan karangan pendek. Mungkin jugak satu ingatan atau boleh aku jadikan ianya satu panduan yang aku sendiri kekadang lupa nak membelek apa jua rujukan . Ada masa tak fikir pajang aku pakai belasah je, sudahnya ada yang akan marah, atau pun mungkin jugak ada yang kecewa.

Sambil-sambil duduk tunggu beger aku yang tak tahu bila nak masak, terlintas dalam kepala ni, macam tersentak, terkejut dek lamunan pendek, teringat hari-hari yang aku lalu tu. Terfikir bila mana ada yang pernah buat aku ketawa, menangis, kecewa dan paling aku bangga, bila ada insan yang menghargai kewujudan aku dalam dunianya. Terima kasih, Terima kasih.

"Cubalah Bermuhasabah diri".
Aku pernah dilontarkan ayat yang cukup rigkas namun dalam maknanya. Bila mana kata-kata dari pena aku di laman maya di tegur atau disapa, tak terfikir pun bahawa ada insan yang betul-betul melihat, memantau dalam diam, tanpa sepatah kata.

Kalau sebelum ni aku guna nama samaran untuk lontarkan kata-kata tak sopan, namun sesekali terlepas jugak bila mana dalam tak sedar aku guna nama betul. Mungkin jugak waktu tu sebab terlampau geram, nak marah dengan kenyataan yang aku baca.

Bila mana patah perkataan atau pengakuan mereka seolan-olah menggambarkan kehidupan mereka selama ini susah dan merempat. Sepertinya hidup dalam serba kekurangan, tanpa kemudahan asas dan sebagainya. Teori aku pulak, semua tu alasan sebab malas. Kalau ada usaha yang bersungguh, dah tentu akan ada pencapaian atau sedikit kejayaan walaupun tak banyak.

Selama aku hidup, selama aku membesar, selama aku mengenal dunia, tak terfikir dan tak terlintas yang aku kena berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Apa yang aku tahu, perjuangan hanyalah untuk diri aku sendiri. Kenapa pulak aku nak berjuang untuk agama, bangsa dan negara, bukankah pewira-pewira zaman dulu kala dah perang bermati-matian. Zaman sekarang penjajah dah tak ada. Aku nak pegi mana-mana, aku punya suka. Ini negara aku, tanah tumpah nenek moyang aku. Bangga bila aku belek-belek semula tarikh-tarikh yang masih tak hilang dalam memori kepala ni.

Hari ini, waktu ini, zaman ini, abad ini, keadaan dah berubah. Banyak sangat dah yang berubah. Bermacam-macam perubahan yang berlaku. Awalnya aku macam tak kisah, sebabnya kelihatan, kedengaran, pada aku ianya  perubahan yang positif, demi kebaikan bersama, tambah-tambah bila aku perhati ramai yang terimanya dengan senang dan gembira. Seperti dalam alQuran yang sering kita dengar, manusia tak akan berubah, melainkan mereka sendiri yang berubah.

Mana mungkin aku tak bangga bila lihat mak dan ayah aku bahagia. Mana mungkin aku tak bangga bila aku dengar kawan sudah ada kereta mewah dan rumah besar. Senyum lebar bila dengar anak-anak makcik aku berjaya sampai menara gading. Apa perlu aku pesoalkan pentadbiran negara bila dengar semua tu? Syukur Alhamdulillah, kerana semuanya atas izin Dia.

Semalam ada insan yang menangis tak tahu kenapaa, semalam ada ibu tua yang kecewa, semalam ada ayah yang mengalir air mata, semalam ada keluarga yang membisu diam seribu bahasa. Semuanya kerana beberapa perubahan drastik yang berlaku kat depan mata.

Ada insan yang tamak, insan yang lupa siapa dirinya yang sebenar, insan yang megah dengan kebodohan dirinya sendiri. Dia cuba nak jadi juara dalam perlumbaan yang belum tentu kat mana garis penamatnya. Dia berjaya jadi manusia untuk sebuah perpecahan dan pertelingkahan. Dia menawan mereka yang lemah dengan hasutan demi hasutan. Mengambil kesempatan atas segala kekurangan bagi dapat sokongan.

Era baru pada aku. Aku anggap satu era perpecahan. Pada awalnya bermati-matian aku letak kesalahan pada beliau. Macam-macam masalah yang datang, dan bila di selidik punca dan angkara memang dia. Menyirap jugaklah darah sebabkan geram. Pergaduhan berlaku sana sini, caci dan maki dah jadi rutin perbualan dalam kehidupan. Penipuan dan jangan cakap, ada yang berani buat secara terang-terang.

Ish,,,,ish,,,,ish,,,,,,mana mungkin aku boleh terima perubahan macam ni. Ini bukan untuk kebaikan, tapi kalau aku duk tengok atau biarkan, lama-lama nanti mahu ranap tanah tumpah nenek moyang aku ni. Apa nak jadi-jadilah kali ni. Sebagai pewaris sah yang ditinggalkan aku ada hak untuk pastikan apa yang diwaris akan terjaga dan terbela.

Era di mana perang bukan lagi kat hutan tebal, era di mana perang bukan lagi dengan senapang dan pestol, era di mana kekuatan fizikal bukan lagi ukuran yang utama, era di mana musuh mungkin ada dalam kalangan kita, era di mana manusia membayangkan dirinya kebal,,,,,,,,,dan ianya memerlukan sebuah perjuangan dan pengorbanan dari kita semua, demi Agama Bangsa  dan Negara.

- AngryBird - 

Read More

Hakikat & Kebenaran

Suatu ketika dulu, dia juga tidak faham tentang apa yg kau perjuangkan, kau tampil memberi ruang, sedikit sebanyak huraian dan penjelasan, makin lama dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, tanpa kau sedar, kau telah tiupkan dia sesuatu yang baru, mana pernah dia punya jiwa sekuat itu, mana pernah dia kenal sebelum ini apa itu perjuangan, mana pernah dia tahu sebelum ini dalam dirinya itu ada kekuatan, tanpa kau sedar, kau telah tiupkan, kau bangkitkan kedalam jiwanya sesuatu yang tidak pernah dia rasa, kau biarkan jiwanya dihantui semangat kemelayuan, kau permainkan jiwanya sehingga dia jatuh hati pada setiap pengorbanan atas nama agama dan bangsa, tanpa kau sedar kau buat jiwanya terisi demi untuk sebuah coretan anak melayu, coretan untuk anak bangsa, kaulah punca segalanya dengan apa yang telah terjadi pada jiwanya hari ini, kaulah puncanya,,,,,,,,


Tetapi bila mana kau zahirkan didepannya semangatmu telah hilang, yang tanpa kau sedar kau cuba mengambil semula semangat yang kau berikan dulu pada dia, kau juga mungkin akan buat semangat dia makin layu, mungkin juga kaku, patahnya sayap kamu, pincang jugalah perjalanan dia, bila dia lihat kamu tidak lagi seperti dulu, tidak lagi berkobar kobar, kata2 yang kau zahirkan pada dia dulu mungkin akan berlalu begitu sahaja, lidah dia seakan kelu untuk meneruskan kata2, mungkin tak lama lagi tiada lagi perjuangan dalam diri dia, pergi dan hilang begitu saja, tanpa ucap tanpa kata, semuanya kerana kamu, yang mana tanpa kamu sendiri tahu dan sedar kamu telah merampas semula apa yg pernah diberi pada dia suatu ketika dulu,,,,,,,SEMANGAT


angrybird's BlackBerry®

Read More

There was an error in this gadget
Copyright © Burung Marah.